Akan diberi kepada produk makanan dan minuman yang memenuhi kriteria nutrien yang telah ditetapkan. Pilihan lebih sihat bermaksud produk tersebut adalah lebih sihat berbanding produk lain dalam kategori yang sama.
Objektif
Label Pada Produk
Memudahkan pengguna membuat pilihan yang lebih bijak dengan hanya melihat label hadapan bungkusan produk.
Produk Sihat
Memudahkan pengguna mengenal pasti produk yang lebih sihat dalam kategori makanan yang sama.
Penambahbaikan Industri
Menggalakkan industri makanan dan minuman menghasilkan produk yang lebih sihat.
Menyediakan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat.