Kesan Pengambilan Gula Berlebihan Ke Atas Kesihatan

Karies gigi

Kerosakan gigi atau kaviti yang disebabkan oleh asid daripada bakteria yang mencernakan gula dalam mulut.

Pertambahan Berat Badan

Makanan yang tinggi gula menyumbang kepada pertambahan jumlah kalori harian yang berlebihan dan menyumbang kepada pengumpulan lemak tubuh.

Penyakit kardiovaskular

Pengambilan makanan tinggi gula yang berterusan dikaitkan dengan keradangan dan peningkatan paras lemak dalam darah dan boleh mengakibatkan penyumbatan arteri iaitu salur darah.

Diabetes

Pengambilan makanan tinggi gula secara berterusan akan menyebabkan gangguan pada fungsi insulin yang akhirnya menyebabkan penyakit kencing manis.

Penyakit Hati Berlemak

Gula yang berlebihan dalam badan akan ditukar dan disimpan dalam bentuk lemak di dalam hati. Jika pengumpulan lemak berlaku di hati, ia boleh menyebabkan penyakit hati berlemak.

Menu Utama