Menjalankan aktiviti perangi gula oleh ahli parlimen, jemaah menteri dan ADUN.
Menjadikan ahli parlimen sebagai ejen ‘nudging’ bagi perubahan tingkah laku rakyat dalam mengurangkan gula.
Mempelbagaikan/ menambah baik menu kurang gula dalam Menu Rahmah.
Melaksanakan Kempen Baca Label Gula di semua hypermarket.
Menjalankan Program Ziarah Rumah (PZR) bagi sebaran mesej gula peringkat komuniti oleh KOSPEN.
Pengusaha kafetaria dan katerer kementerian/ agensi melaksanakan aktiviti perangi gula.
Membentuk Panduan Penyediaan Hidangan Sihat Keluarga.
Menjalankan sesi taklimat kepada semua pengusaha restoran/ kedai makan bagi inisiatif kurangkan gula.
Mempromosikan resipi teh tarik kurang gula semasa Kempen Kurangkan Gula melalui demonstrasi dan perkongsian resepi kurang gula.
Mengintegrasikan mesej berkaitan gula dan bahaya gula dalam pameran/ program yang melibatkan komuniti yang dijalankan di peringkat kebangsaan dan negeri.
Mempromosi tagline dan logo gula di:
i. Mesyuarat rasmi kerajaan
ii. Mesyuarat rasmi lokaliti KOSPEN
iii. vending machineiv. Kafeteria yang dinilai bagi pengiktirafan Kafeteria Sihat
v. Restoran/ medanselera/ kedai makan.
Menjalankan advokasi GULA: 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada TERBAIK di institusi pendidikan awal kanak-kanak dan sekolah di bawah KPM.
Menjalankan advokasi GULA: 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada TERBAIK di Institut Pengajian Tinggi dan institute latihan (seperti hebahan poster dan video).
Semakan semula menu taska, tabika dan prasekolah bagi menggantikan susu bancuhan berperisa/ bermalta dengan susu tanpa perisa (plain milk).
Menyediakan resipi standard jumlah kandungan gula bagi penyediaan minuman sejuk.