Menjalankan inisiatif mengurangkan gula melalui LKS kepada pengendali makanan di IPT dan institusi latihan.
Menjalinkan kerjasama dengan agensi/ NGO untuk mengadakan sesi nutritionupdates kepada chef (termasuk komponen pengurangan gula dalam penyediaan makanan dan minuman).
Mengemaskini komponen amalan pemakanan sihat termasuk pengurangan gula dalam kurikulum sekolah berdasarkan maklumat/ dapatan terkini.
Menyediakan alat bantu mengajar atau bahan advokasi berkaitan gula yang praktikal dan interaktif.
Menyemak kurikulum bidang kulinari di IPTA.
Memperkukuh dokumen kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Guru Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan komponen pemakanan sihat (termasuk strategi pengurangan gula).
Membangunkan Modul Pemakanan Sihat termasuk komponen pengurangan gula untuk latihan guru pra perkhidmatan.
Menyebar luas bahan advokasi pemakanan sihat terutama inisiatif pengurangan gula dalam platform IPG/ KPM sedia ada.
Mengintegrasikan komponen pemakanan sihat termasuk inisiatif pengurangan gula ke dalam Program Kelayakan Profesional Pemimpin (Institut Aminuddin Baki).
Menganjurkan pertandingan mencipta alat mengesan kandungan gula di bawah inisiatif STEM.
Meningkat pangkalan data kandungan gula dalam makanan/ minuman di dalam sistem Komposisi Zat Makanan Malaysia (MyFCD).