Memperluaskan pengenaan cukai eksais terhadap susu pekat manis, krimer manis (bukan tenusu) dan kordial.
Meningkatkan kadar duti eksais ke atas minuman manis bergula (SSBs) kepada 20%).
Menyediakan insentif untuk industri yang menghasilkan produk/ menu makanan/ minuman yang mendapat logo HCL.
Menyemak paras kandungan gula sedia ada di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi produk makanan pelengkap untuk bayi dan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.
Mandatori penjualan pilihan makanan dan minuman rendah gula dan mewajibkan maklumat pemakanan dipamerkan di vending machine.
Melarang penggunaan food vending machine sebagai sumber minuman dan makanan yang tinggi gula di sekolah KPM.
Mewajibkan ketersediaan minuman kurang gula/ tanpa gula di semua sekolah KPM.
Menjadikan minuman kurang gula/ tanpa gula sebagai kriteria bonus penilaian pengiktirafan Kafeteria Sihat.
Mewajibkan penyediaan minuman tanpa gula di semua mesyuarat/ majlis rasmi kerajaan.
Mewajibkan pengasingan gula dalam minuman panas di semua mesyuarat/ majlis rasmi kerajaan.
Melaksanakan pembungkusan semula sachet gula daripada 5 gram kepada 3 gram untuk kegunaan di Malaysia.