Sweetened Sugar Beverages (SSB) Taxes

Cukai Eksais Keatas Minuman Manis

Cukai eksais ke atas minuman manis bergula berkuatkuasa pada 1 Julai 2019 pada kadar harga RM0.40 seliter untuk minuman berkarbonat dan tidak berkarbonat yang mengandungi lebih 5 gram gula bagi setiap 100 ml.

Jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi lebih 12 gram gula bagi setiap 100 ml serta minuman berasaskan susu berperisa UHT yang mengandungi lebih 7 gram gula bagi setiap 100 ml.

Perangi Obesiti

Kerajaan Malaysia sentiasa prihatin terhadap kesihatan rakyat Malaysia terutamanya dalam memerangi obesiti dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.

Pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman manis bergula merupakan strategi untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan pengguna lantaran kenaikan harga minuman bergula kerana cukai. 

Penambahbaikan Pihak Industri

Pengenaan cukai eksais ini juga menggalakkan pihak industri untuk merumus semula produk mereka kepada produk yang lebih sihat atau kurang gula berikutan pelepasan membayar cukai sekiranya kandungan gula dalam produk minuman di bawah nilai ambang.

Seterusnya, Kementerian Kesihatan pada masa ini bercadang untuk memperluas polisi pengenaan cukai eksais ini ke atas minuman manis yang lain iaitu dari kategori pra-campuran (minuman 3 dalam 1, minuman 2 dalam 1 dan sebagainya) dan makanan yang tinggi kandungan gula di masa akan datang.

Menu Inisiatif KKM